Sunday, February 19, 2012

Gerakan murtad beralih ke laman sosial, hina Islam secara terbuka

reference: Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 17 Feb — Gerakan memesongkan akidah umat Islam masih berlarutan, terbaru gerakan ini yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura menggunakan laman sosial Facebook bagi meraih sokongan masyarakat.
Dengan penubuhan kelab ini di Facebook ditambah pula penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali laman sosial ini dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan itu.
Memetik Harian Metro, gerakan itu juga terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.
Bagaimanapun, mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.
Sehingga petang semalam seramai 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.
Antara pandangan dikemukakan beberapa ahli kelab itu ialah mempertikai kandungan ayat suci al-Quran, mukjizat nabi selain memaparkan objek menyamai kemaluan yang digambarkan sebagai perkataan Allah dalam bahasa Arab.
Pengendali kelab itu dipercayai cuba memesongkan akidah pembaca dengan memberikan serba ringkas penerangan isu murtad di negara ini serta pada masa sama membuat perbandingan mengenainya dengan beberapa negara Islam lain.
Selain itu, pengendali laman berkenaan turut memberi jaminan keselamatan dan privasi ahli kelab selepas menyertai perbincangan lanjut bersama ratusan pengikut lain.
Selain ahli yang sudah murtad, ahli yang bukan beragama Islam turut mengutuk dan menghina Islam secara terbuka serta memberi gelaran yang melampau bukan sahaja kepada Nabi Muhammad, malah kepada mufti, ulama serta tokoh agama lain.
Mereka juga mempersoalkan beberapa amalan yang disyariatkan kepada umat Islam termasuk pemakaian bagi wanita Islam selain menggelar Islam “agama samseng” hanya kerana umatnya ingin mempertahankan kesucian agama itu.
Pautan pada laman itu juga memaparkan penghinaan terhadap Rasulullah apabila pengendali memaparkan artikel bertajuk “Memahami Muhammad” dengan penuh prasangka buruk terhadap junjungan besar itu termasuk memutar belit sifat mulia Nabi itu dengan kata-kata kesat serta cacian.
“Demi menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang murtad dari Islam, mereka tidak digalak menggunakan nama sebenar seperti tercatat dalam rekod negara yang tertulis di kad pengenalan warga negara,” kata satu petikan di laman itu.
Menurut kenyataan itu, individu yang menyertai perbincangan itu dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan menghormati antara satu sama lain.
“Seseorang yang murtad biasanya mengalami krisis peribadi dan risaukan keselamatan kerana hubung kait dengan keluarga dan masyarakat Islam di sekeliling. Jadi marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada golongan murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan serta sokongan kepada mereka.
“Ini boleh menjadi tempat selamat, penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan dibuat mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seorang individu berhak membuat pilihan dan hidup bebas dari hukuman syariat Islam,” kata pengendali itu.
Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata akta berkaitan murtad diharap dapat dikuatkuasakan segera bagi membendung kegiatan pihak tertentu yang cuba mewujudkan gerakan menyokong gejala itu.
Kata beliau, kegiatan sebegitu dikesan sejak 20 tahun kebelakangan ini dan dijadikan agenda kumpulan tertentu untuk mendesak kerajaan menerima kegiatan murtad di negara ini.

Friday, February 17, 2012

Ucapan hari jadi ku kepada ibu bapaku...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

18 februari 1991 – Seorang ibu yang bernama Hjh. Norsiah binti Rasad telah melahirkan seorang anak yang diberi nama Saini bin Seli…anak ketiga dan bongsu dalam keluarga…dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan diberikan kasih saying oleh ibu yang melahirkannya, diberikan pendidikan oleh seorang ayah, diberikan tunjuk ajar oleh seorang abang dan kakak. Betapa sukarnya seorang anak membayangkan wajah kesakitan seorang ibu yang melahirkan anaknya. Betapa sukarnya seorang anak membayangkan wajah kesedihan seorang ibu apabila anak bongsu yang dilahirkan itu sering membuat ibunya menangis. Betapa sukarnya seorang anak membayangkan wajah kesusahan seorang ibu yang mencari duit untuk membeli makanan untuk anaknya, untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah, dan untuk anaknya berbelanja. Akan ku balas semua jasa ibu bapa ku yang membesarkan aku dengan kejayaan ku di Universiti, akan ku bawa ibu bapaku pergi haji sekali lagi, akan ku bina sebuah rumah yang besar untuk keselesaan ibu bapaku, akan ku berikan kesenangan kepada ibu bapaku agar ibu bapaku tidak perlu bersusah payah untuk mencari duit dengan berjual makanan di pasar malam lagi…
Terima kasih ibu kerana melahirkan aku…
Tahun 1997 – aku didaftarkan di sebuah tadika di Kampung Luak.
Tahun 1998 – aku didaftarkan di Sekolah Rendah Kampung Luak.
Tahun 2004 – aku didaftarkan di Sekolah Menengah Kampung Luak dan sebulan kemudian aku pindah sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri.
Tahun 2008 – aku masuk Khidmat Negara.
Tahun 2009 – sekarang – aku menjadi mahasiswa di Universiti Teknologi Mara Kota Samarahan dalam bidang sains komputer.

Terima kasih Allah, ibu, ayah, abang dan kakak...aku masih bernafas sehingga hari ini…

Terima kasih…

Thursday, February 16, 2012

Saiful Apek bakal dipenjarakan??


reference: yahoo news malaysia



16 Feb – Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.
Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway
Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.
"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.
Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.
Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.